What They Said?

Kami merupakan anak syarikat terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia yang diamanahkan untuk mengkomersialkan Cilibangi iaitu barisan baka-baka cili hasil penyelidikan pensyarah kami iaitu Prof. Madya Dr Ahmed Mahir selama 30 tahun. Untuk mengkomersialkan Cilibangi ini amat mencabar bagi kami terutamanya untuk menembusi pasaran sedia ada.

Sebelum ini, rumah semaian kami sentiasa penuh dengan anak pokok Cilibangi yang tidak terjual. Kadang-kadang kami terpaksa membuang sebahagian besar pokok bagi mengelakkan kos penyelenggaraan meningkat. Kami selalu ditertawakan dengan idea menjual anak pokok.

Sehinggalah saya menandatangani kontrak pengiklanan di Harian Metro dengan ABC Mediaworks Sdn Bhd September 2012, Alhamdulillah, hasil jualan kami amat memberangsangkan. Rumah semaian kami sentiasa kosong kerana anak pokok sentiasa habis dijual. Sehingga kini, kami mempunyai banyak tempahan untuk dipenuhi sehingga tahun hadapan. Lagi menyeronokkan, kami mula mendapat perhatian media massa untuk penulisan artikel di The Star, KOSMO Ahad, Harian Metro dan lain-lain. Kami mula dihampiri oleh pelabur-pelabur besar dari syarikat tempatan dan antarabangsa.

Saya ingin menyarankan anda semua yang berniaga di luar sana agar mendapatkan perkhidmatan dari ABC Mediaworks Sdn Bhd kerana perkhidmatan yang diberikan sangat bagus dan mesra pelanggan. Inilah masanya untuk anda BERANI melonjakkan perniagaan anda dengan pengiklanan di suratkhabar! Fast Action Fast Result!

 

Saya telah mengusahakan syarikat percetakan yang diberi nama Red Phoenix Marketing (RPM) selama 7 bulan. Syarikat percetakan saya dahulunya biasa-biasa sahaja malahan adakalanya tidak cukup makan. Jualan hanya sekadar RM 3k - 5k sebulan. Mana nak cukup dengan kos yang diperlukan untuk dibuat duit pusingan ditambah kos penyelenggaraan lagi.

Namun semuanya berubah apabila saya mendapatkan perkhidmatan ABC Mediaworks. Mereka dapat membantu saya dengan bajet saya yang minima. Jualan RPM meningkat sedikit demi sedikit. Saya tidak takut lagi untuk melabur dalam pengiklanan. Jualan RPM sekarang sudah mencecah RM 15k - 20k sebulan. Terima kasih ABC Mediaworks!!!

 

Saya telah menggunakan perkhidmatan ABC Mediaworks selama 3 bulan sebagai agensi pengiklanan kami dalam mengiklankan Golden Honey di media. Contohnya segmen tajaan di Nasi Lemak Kopi O, TV9, surat khabar Harian Metro dan juga di radio. Permulaannya adalah apabila Golden Honey ingin mencari stokis dan ejen namun teknik yang kami gunakan tidak mencukupi. Tidak ramai yang yakin dengan kami untuk mereka menjadi stokis dan ejen Golden Honey.

Namun setelah menggunakan perkhidmatan ABC Mediaworks seramai 80 orang telah mendaftar untuk menjadi stokis dan ejen kami seluruh Malaysia. Alhamdulillah, hanya dalam 3 bulan sahaja kami telah berjaya mempunyai ruang pejabat sendiri di Seksyen 13, Shah Alam. Malahan jualan Golden Honey juga telah mencecah RM800k. Terima kasih ABC Mediaworks kerana menyediakan perkhidmatan yang sangat luar biasa.